
Sesiapa sahaja di dunia ini inginkan kebahagiaan.. bukan mudah seperti yang disangka... hampir setiap malam aku berendam air mata kerana aku betul2 takut apa yang aku hajatkan tidak mampu berjalan dengan lancarnya...
pada awalnya perkahwinan kami akan dilangsungkan pada bulan Disember tapi terpaksa ditangguhkan atas sebab2 tertentu. keluargaku tidak dapat menerima penangguhan itu terutama sekali abang dan juga ayahku...siang malam mereka berkata tentang aku.pernahkan merekaberdoa untuk aku?aku tertanya tanya sendirian...entahla....suatu malam ketika aku bersama-sama dengan tunagku aku mendapat panggilan dari ayahku....dia memaksa aku berkahwin juga paksa bulan 12. aku tertanya-tanya mengapa alasan nya takut aku tak jadi kahwin bila aku bertanya sekali lagi mengapa dia katakan yang aku ada jantan lain... Ya Allah berat sangat tuduhan ini.Mana dia dapat semua ini daripada siapa... aku keliru...tension....aku berdoa supaya hati ayahku dapa dilembutka... aku masih tertanya tanya siapa yang buat mulut dengan semua ini akhirnya ku temui jawapan yang sungguh memeranjatkan....KAK LONG(kakak ipar) ku yang memberitahu ayahku yang aku ada jantan lain... MasyaAllah.... mengucap panjang aku... mereka sanggup buat apa sahaja asalkan dapat kepercayaan ayahku...
Siang malam aku berdoa pada yang Maha Esa agar semuanya berjalan dengan lancar dan permudahkan semuanya supaya aku dapat membina kebahagian aku bersama pasangan aku...penuh liku-liku kehidupan yang terpaksa aku tempuhi.... satu lagi yang menimpa aku di akhir-akhir persiapan perkahwinan ku...aku mendapat panggilan bahawa perbelanjaan perkahwinan aku tidak mencukupi dan harus ditambah....YaAllah aku kaku... aku tahu tiada siapa yang dapat membantu aku... segalanya ditanggung oleh aku sendiri...aku sedih...aku rasa nak lari....aku tidak mampu untuk menghadapi ini semua...apa yang mampu aku lakukan...akhirnya aku memberitahu tunangku... hanya dia sahaja yang mampu membantu aku...Alhamdulillah akhirnya semua berjalan dengan lancar...aku selamat diijabkabulkan pada 21 feb 2009...
