Sabtu, 1 Ogos 2009

ReaLLy Miss Amira Maisara & FaraH DaNia

Amira Maisara (Ayang)huhuhu rindu sangat... seorang budak yang sangat manja... budak yang montel,cute....tapi kedegilan tue ada sikit...biasala budak-budak kan.

Dulu sebelum aku berkahwin panggilan yang diberikan kepada aku ialah Aunty Ema...setiap saat sentiasa bersama aku...kalau aku hilang dipandangan mata dia tak senang duduk budak comel nie...merata tempat mencari aku...

Setiap kali kalau bergambar mesti pipiku dan pipinya bersatu....biasala budak yang manja...aku memang sukakan budak-budak..teramat sukakan budak....bila nak mandi pun nak bersama dengan ku...ah rindunya aku pada budak yang comel nie....

Setelah aku berkahwin gelaran yang diberikan kepada aku pula ialah Maklong...yerla dah berkahwin dengan pakciknya yang sulong kan so maklong lah aku dapat...pada mulanya janggal juga dengan panggilan tue...heheheh tapi lama kelamaan biasa la...hampir 3 bulan perkahwinanku aku dapat lagi seorang anak buah yang diberi nama Farah Dania...
Baby yang bersih,suci tanpa sebarang dosa lagi membuatkan hatiku bertambah-tambah sayu....arghhh bila la aku akan dikurniakan cahaya mata... tak sabar rasanya aku nak mengandungkan anak aku sendiri....

Farah Dania & Amira Maisara benar-benar membuat hati aku terhibur bila aku berada di Bahau...indahnya rasa kurniaan Allah SWT yang maha Esa...walaupun bukan keluar dari rahimku sendiri tapi aku benar-benar menyayangi anak-anak ini seperti anak aku sendiri....InsyaAllah....
MAMALONG BENAR-BENAR SAYANGKAN KALIAN BERDUA.....

KeNapA MesTi AKu


Aku telah mula bekerja di satu syarikat ini bermula 2006. Semuanya berjalan dengan lancar...bermula hujung tahun 2007 macam-macam yang terjadi...aku tak tahu sama ada semuanya berpunca dari aku atau ada orang yang cuba menjatuhkan reputasi aku....aku bingung tapi aku tempuhi segalanya dengan redha andai inilah ketentuanNYA....

Setelah jauh perjalananku di syarikat ini satu persatu dugaan aku tempuhi dengan perangai orang yang membolehkan diri aku nie sakit jiwa...terlalu banyak kenangan manis aku disini...kenangan pahit pun boleh tahan juga banyak nya...tapi aku tempuhi demi mencari sesuap nasi...

Aku adalah seorang yang periang...seorang yang very-very outspoken tapi aku tidak pernah mempunyai niat buruk untuk menjatuhkan orang lain...tapi aku tak tahu kenapa mesti aku dipersalahkan dalam banyak hal.. aku bersyukur dengan setiap apa yang terjadi...pada aku lambat laun aku akan tahu juga siapa yang benar2 betul dan siapa yang benar2 salah....

Thanks to all yang telah menunjukkan aku kebenaran... now aku tahu siapa yang dalang disebalik setiap kejadian ini...aku harus lebih berhati2 ini kerana musuh dalam selimut sentiasa semakin menghampiri...kini aku akan senantiasa berhati2....

Sabtu, 4 Julai 2009

Perit menuju kebahagiaan


Sesiapa sahaja di dunia ini inginkan kebahagiaan.. bukan mudah seperti yang disangka... hampir setiap malam aku berendam air mata kerana aku betul2 takut apa yang aku hajatkan tidak mampu berjalan dengan lancarnya...

pada awalnya perkahwinan kami akan dilangsungkan pada bulan Disember tapi terpaksa ditangguhkan atas sebab2 tertentu. keluargaku tidak dapat menerima penangguhan itu terutama sekali abang dan juga ayahku...siang malam mereka berkata tentang aku.pernahkan merekaberdoa untuk aku?aku tertanya tanya sendirian...entahla....suatu malam ketika aku bersama-sama dengan tunagku aku mendapat panggilan dari ayahku....dia memaksa aku berkahwin juga paksa bulan 12. aku tertanya-tanya mengapa alasan nya takut aku tak jadi kahwin bila aku bertanya sekali lagi mengapa dia katakan yang aku ada jantan lain... Ya Allah berat sangat tuduhan ini.Mana dia dapat semua ini daripada siapa... aku keliru...tension....aku berdoa supaya hati ayahku dapa dilembutka... aku masih tertanya tanya siapa yang buat mulut dengan semua ini akhirnya ku temui jawapan yang sungguh memeranjatkan....KAK LONG(kakak ipar) ku yang memberitahu ayahku yang aku ada jantan lain... MasyaAllah.... mengucap panjang aku... mereka sanggup buat apa sahaja asalkan dapat kepercayaan ayahku...

Siang malam aku berdoa pada yang Maha Esa agar semuanya berjalan dengan lancar dan permudahkan semuanya supaya aku dapat membina kebahagian aku bersama pasangan aku...penuh liku-liku kehidupan yang terpaksa aku tempuhi.... satu lagi yang menimpa aku di akhir-akhir persiapan perkahwinan ku...aku mendapat panggilan bahawa perbelanjaan perkahwinan aku tidak mencukupi dan harus ditambah....YaAllah aku kaku... aku tahu tiada siapa yang dapat membantu aku... segalanya ditanggung oleh aku sendiri...aku sedih...aku rasa nak lari....aku tidak mampu untuk menghadapi ini semua...apa yang mampu aku lakukan...akhirnya aku memberitahu tunangku... hanya dia sahaja yang mampu membantu aku...Alhamdulillah akhirnya semua berjalan dengan lancar...aku selamat diijabkabulkan pada 21 feb 2009...