Sabtu, 1 Ogos 2009

ReaLLy Miss Amira Maisara & FaraH DaNia

Amira Maisara (Ayang)huhuhu rindu sangat... seorang budak yang sangat manja... budak yang montel,cute....tapi kedegilan tue ada sikit...biasala budak-budak kan.

Dulu sebelum aku berkahwin panggilan yang diberikan kepada aku ialah Aunty Ema...setiap saat sentiasa bersama aku...kalau aku hilang dipandangan mata dia tak senang duduk budak comel nie...merata tempat mencari aku...

Setiap kali kalau bergambar mesti pipiku dan pipinya bersatu....biasala budak yang manja...aku memang sukakan budak-budak..teramat sukakan budak....bila nak mandi pun nak bersama dengan ku...ah rindunya aku pada budak yang comel nie....

Setelah aku berkahwin gelaran yang diberikan kepada aku pula ialah Maklong...yerla dah berkahwin dengan pakciknya yang sulong kan so maklong lah aku dapat...pada mulanya janggal juga dengan panggilan tue...heheheh tapi lama kelamaan biasa la...hampir 3 bulan perkahwinanku aku dapat lagi seorang anak buah yang diberi nama Farah Dania...
Baby yang bersih,suci tanpa sebarang dosa lagi membuatkan hatiku bertambah-tambah sayu....arghhh bila la aku akan dikurniakan cahaya mata... tak sabar rasanya aku nak mengandungkan anak aku sendiri....

Farah Dania & Amira Maisara benar-benar membuat hati aku terhibur bila aku berada di Bahau...indahnya rasa kurniaan Allah SWT yang maha Esa...walaupun bukan keluar dari rahimku sendiri tapi aku benar-benar menyayangi anak-anak ini seperti anak aku sendiri....InsyaAllah....
MAMALONG BENAR-BENAR SAYANGKAN KALIAN BERDUA.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan